Delegasi Mesir-Palestin bersetuju untuk menunda isu gencatan senjata.

Rabu, 08/02/2006 – Delegasi Mesir dan Palestin yang sedang bermesyuarat di sini telah bersetuju pada hari Isnin lepas untuk menunda isu untuk merumuskan gencatan senjata untuk jangka masa panjang di antara pihak Palestin dan Israil sehingga kerajaan baru Palestin dibentuk.

Ahli Biro Politik Pergerakan HAMAS, Ezzet Al-Resheq berkata pihak delegasi Mesir telah mengusulkan idea gencatan senjata tersebut, walau bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju ianya perlu ditunda sehingga kabinet baru dibentuk.

Delegasi HAMAS yang diketuai oleh Pengerusi Biro Politiknya, Khaled Mishaal telah bertemu dengan Ketua Perisik Mesir, Omar Suleiman didalam satu mesyuarat yang berlangsung sehingga lewat malam.

Menurut Resheq, Omar Suleiman telah menyampaikan ucapan tahniah daripada Presiden Mesir, Hosni Mubarak kepada pihak HAMAS diatas kejayaan dalam pilihanraya legislatif yang lepas.

Bagi pihaknya, Omar Suleiman telah menegaskan bahawa negaranya tidak akan campur tangan di dalam urusan dalaman Palestin dan menafikan laporan berita yang menyuruh pihak HAMAS untuk mengiktiraf Israil serta menolak ?keganasan? dalam usaha untuk membentuk kerajaan yang baru.

Beliau seterusnya menggesa supaya bantuan daripada negara-negara Arab diteruskan sebagai menghadapi tindakan pihak Barat yang menghentikan dan menyekat bantuan yang berkaitan kepada kerajaan Palestin.