Kami tidak akan menjual rakyat Palestin hanya untuk Bantuan Asing!!!

Oleh : Khalid Mishal, ketua biro politik HAMAS

Telah diketahui ramai bahawa rakyat Palestin merupakan rakyat yang paling tinggi kesedaran politik dan berpendidikan di dalam dunia. Apabila mereka pergi mengundi pada hari Rabu yang lepas (25 Januari 2006), mereka telah jelas dengan apa yang bakal mereka pilih.

Mereka yang telah mengundi HAMAS juga adalah kerana apa yang diperjuangkan oleh HAMAS. Mereka mengetahui bahawa HAMAS akan sentiasa memperjuang hak rakyat Palestin yang sah (ke
atas bumi Palestin) dan juga janji HAMAS untuk melakukan perubahan. Di sana juga terdapat suara-suara yang memberi amaran kepada mereka untuk tidak mengundi HAMAS kerana ianya “pertubuhan pengganas” oleh AS dan EU. Pemilihan rakyat Palestin melalui saluran deokrasi ini, menurut kuasa-kuasa tersebut akan menyebabkan bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat Palestin selama ini akan terjejas!

Di hari HAMAS memenangi pilihanraya Palestin secara demokratik, negara-negara barat yang kononnya komited dengan demokrasi telah gagal di
dalam ujian untuk mengukur sikap demokratik mereka. Mereka yang sepatutnya menghormati pilihan majoriti rakyat Palestin telah bertindak sebaliknya. Mereka yang sepatutnya mengambil kesempatan dari pemilihan rakyat Palestin
itu untuk menyokokng pembangunan dan juga pemerintahan yang bersih di Palestin telah bertindak dengan tindakan yang tidak sepatutnya. AS dan EU
telah menjadikan ruang yang ada sebagai peluang untuk menggugut rakyat Palestin di atas pilihan mereka.

“negara-negara barat yang kononnya komited dengan demokrasi telah gagal di dalam ujian untuk mengukur sikap demokratik mereka”-Khalid


Kami dihukum (oleh AS dan EU) hanya kerana usaha kami menenatang penzalim dan penjajah serta usaha kami untuk menegakkan keadilan. Mereka yang
menggugut kami untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin adalah juga pihak yang sama menyebabkan kesengsaraan kami dan berterusan menyokong keganasan penjajah Zionis. Kami, sebagai mangsa telah dihukum, manakala orang yang mezalimi kami dibiarkan bebas. AS dan EU sepatutnya menggunakan peluang kemenangan HAMAS untuk membina episod baru hubungan di
antara barat dengan dunia Islam dan juga rakyat Palestin. AS dan EU juga sepatutnya mengambil peluang ini untuk memahami gerakan HAMAS dengan lebih dekat dan berdialog dengan mereka. Mereka juga sepatutnya melihat isu ini dengan kaca mata mereka sendiri dan bukannya melalui kaca mata pengganas Zionis yang menjajah tanah air kami.

Mesej kami kepada AS dan Eu adalah jelas, iaitu: Percubaan kamu untuk memaksa kami menggadaikan prinsip perjuangan kami adalah gagal!, rakyat Palestin telah mengorbankan ribuan syuhada, jutaan pelarian yang sedang menunggu sejak 60 tahun yang lalu untuk pulang ke rumah mereka di Palestin, dan lebih 9,000 tahanan perang kami di penjara-penjara Israel. Mereka tidak melakukan pengorbanan tersebut untuk disia-siakan.

HAMAS telah dipilih oleh rakyat Palestin kerana komitmen mereka terhadap perjuangan dan keyakinan mereka terhadap kemenangan perjuangan tersebut. HAMAS juga kebal daripada rasuah, pecah amanah, korupsi dan juga tidak makan ugutan. Sungguh pun HAMAS bersedia untuk menjalinkan usahasama dengan mana-mana negara di dunia ini, namun HAMAS tidak akan menggadaikan
nasib rakyat Palestin. Kita juga telah menyaksikan bagaimana rakyat sesetengah negara seperti Vietnam dan Afrika Selatan tetap tegar dengan
perjuangan mereka sehingga akhirnya berjaya mengecapi kemerdekaan dan keadilan. Tiada bezanya di antara kita dengan mereka, perjuangan kita tiada bezanya dengan perjuangan mereka, malah kesabaran kita di dalam menanggung perjuangan ini juga tiada kurangnya daripada kesabaran mereka dahulunya.


Anda semua bertanggungjawab untuk membantu saudara mara anda di Palestin.


Mesej kami kepada kaum Muslimin dan negara-negara Arab pula: Anda semua
bertanggungjawab untuk membantu saudara mara anda di Palestin. Mereka telah berjuang dan berkorban mewakili anda sekelian (di dalam
mempertahankan bumi Palestin : pent). Rakyat Palestin tidak sepatutnya menagih apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana negara lain dengan
menggadaikan maruah dan hak mereka. Kami mengharapkan agar andalah yang sepatutnya tampil untuk membantu kami dan menggantikan setiap bantuan yang telah ditarik daripada kami oleh negara-negara bukan Islam.

Mesej kami kepada rakyat Palestin pula: Rakyat Palestin bukanlah hanya mereka yang tinggal di Gaza dan Tebing Barat semata-mata. Rakyat Palestin juga adalah mereka yang kini hidup merempat di kem-kem pelarian di Syria, Lubnan, Jordan dan ratusan ribuan lagi yang berteraburan di seluruh dunia dan tidak mampu untuk pulang ke tanah air yang telah dijajah oleh Zionis. Kami berjanji kepada kamu sekelian, tiada apa yang akan menghalang kami dari meneruskan perjuangan kemerdekaan ini sehingga ia berjaya. Kami juga akan bersatu dengan semua kumpulan dan fraksi di kalangan rakyat Palestin demi memastikan kesatuan di antara rakyat Palestin akan terus utuh. Selepas memenangi parlimen Palestin, matlamat seterusnya ialah pembaik pulihan PLO yang mana ianya merupakan wakil rasmi rakyat Palestin kepada dunia, tanpa sebarang pengecualian dan diskriminasi.

Mesej kami kepada rejim Zionis Israel pula: Kami tidak memerangi kamu hanya kerana perbezaan akidah kita ataupun kerana kamu dari bangsa yang
tertentu. Kaum Yahudi telah hidup aman damai bersama umat Islam selama lebih 13 abad. Kaum Yahudi juga merupakan Ahli Kitab di dalam akidah umat Islam. Ahli Kitab juga diberikan keistimewaannya dan dilindungi oleh
Allah SWT dan Rasulullah SAW di dalam akidah umat Islam. Persengkataan kita adalah persengketaan politik dan bukannya persengketaan agama. Kami
tiada masalah dengan Yahudi yang tidak menyerang kami, masalah kami adalah mereka yang telah merampas tanah air kami, merampas negara kami, menghalau kami dari tanah air sendiri, membunuh rakyat kami dan juga menghancurkan masyarakat kami.

Rakyat Palestin tidak sepatutnya
menagih apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana negara lain dengan
menggadaikan maruah dan hak mereka.


Kami tidak akan mengiktiraf mana-mana kuasa dan entiti yang merompak
negara kami dan juga menafikan hak kami ke atas bumi Palestin. Kami tidak
akan mengiktiraf negara Zionis di atas tanah air kami sebagai gantirugi kepada dosa yang telah dilakukan oleh bangsa lain. Namun, jika kamu bersedia untuk menerima tawaran gencatan senjata jangkamasa panjang (Long-term truce), kami bersedia untuk berunding dengan kamu. HAMAS hanya bersedia untuk berunding dan berdamai dengan mereka yang serius untuk berdamai berdasarkan prinsip keadilan.