Islamic Jihad Tidak Bersama Dalam Kabinet HAMAS

Khamis, 09/02/2006 – “Kami tidak akan menyertai kabinet tetapi jika ada usaha untuk memerangi Israel, kami akan membantu”, itu adalah kata2 Khalid al-Batsh, pemimpin Islamic Jihad (IJ).

Genjatan senjata utk jangka masa panjang adalah sia2 menurutnya dan IJ menolak mentah-mentah.

Dalam temubual bersama BBC, Khalid Mishal, ketua biro politik HAMAS akan menerima genjatan senjata jangka panjang hanya jika Israel berundur dari wilayah Tebing Barat dan mengakui hak kembali pelarian Palestin dan mengosongkan penempatan Israel.

Walau bagaimanapun, Israel menolak syarat tersebut. HAMAS dan IJ bersatu dan bersepakat menentang penjajahan Israel.