5 orang remaja Palestin di tahan di Nablus

Khamis, 09/02/2006 – Tentera Penempatan Israel (IOF) telah menyerang Bandar Nablus di Tebing Barat pada pagi hari Rabu (8/2/2006) yang mengakibatkan pertempuran ganas dengan pihak pejuang Palestin yang telah berjaya memusnahkan kenderaan tentera Israel.

Menurut sumber dalaman Palestin sekurang-kurangnya 15 buah jeep tentera IOF telah memasuki kawasan Musallah pada waktu subuh hari Rabu, dan berbalas tembakan dengan pejuang Palestin yang sedang bertahan. Pihak IOF telah kehilangan salah sebuah daripada kenderaan mereka dalam serangan tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak IOF telah menahan lina orang warga Palestin yang berumur diantara 19-29 tahun setelah memecah masuk kedalam rumah mereka serta membuat pemeriksaan yang teliti.

Pihak IOF yang menggunakan kenderaan tentera telah menyerang khemah pelarian Kalandia berhampiran dengan Bandar Jerusalem serta dikelilingi oleh tembakan mesingan ketika mereka menceroboh kawasan perniagaan dan kedai-kedai kopi dan menahan beberapa orang rakyat Palestin semasa serbuan tersebut.

Sumber dalaman mengesahkan seorang wanita, Mona Othman, 29 dan anak-anaknya, Mutasem Fahmi, 12 serta Ibrahim zayed, 15 telah mengalami kecederaan dikaki, manakala lima orang warga Palestin yang lain telah ditahan.
Sembilan orang rakyat Palestin telah ditahan di beberapa Bandar di Tebing Barat seperti di Ramallah, Nablus dan Al-Khalil pada malam hari Selasa dan awal pagi Rabu. Pihak IOF mendakwa mereka yang ditahan itu adalah aktivis penentang.