Ahli perniagaan Pakistan akan melawat Israel

Jumaat,

10/02/2006 – Sumber Hebrew mendedahkan pada hari Rabu lepas bahawa delegasi Pakistan yang terdiri daripada ahli perniagaan yang berpengaruh akan mengadakan lawatan ke negara itu pada bulan Mei depan serta menggambarkan rancangan lawatan itu sebagai langkah pertama dalam memperkemaskan hubungan kenegaraan dengan satu-satunya negara Islam yang mempunyai senjata nuklear dan sekutu Amerika yang dikatakan ?memerangi terroris? itu.

Menurut sumber berkenaan, ahli-ahli perniagaan tersebut akan melawat pameran agro-teknologi yang akan diadakan dalam bulan Mei nanti dan memeriksa serta membeli peralatan pertanian, pengairan disamping menandatangani perjanjian untuk mendapatkan rumah hijau Israel.

Pihak pengurusan pameran tersebut melahirkan rasa terkejut diatas ?keberanian? ahli-ahli perniagaan Pakistan tersebut yang memilih untuk tidak menyembunyikan identiti mereka atau syarikat yang mereka wakili semasa membuat permohonan visa.

Sumber daripada pameran tersebut mengesahkan sekurang-kurangnya 50 orang ahli perniagaan dari Arab dan negara-negara umat Islam termasuk Pakistan, Jordan, Malaysia, Indonesia, dan Morocco dijangkakan akan menghadiri pameran tersebut.

Pakistan dan beberapa negara Arab serta negara-negara umat Islam lain melahirkan kesudian untuk memperbaiki hubungan dengan negara Hebrew tersebut walaupun mendapat tentangan yang hebat untuk bertindak sedemikian.