Nabi Muhammad SAW dihina di Jerusalem

Isnin, 13/02/2006 – Pendatang Yahudi telah membuat grafiti dengan slogan anti-Islam pada dinding sebuah masjid di bahagian utara Tebing Barat dengan menggunakan semburan cat .

Sumber Palestin menyatakan pendatang Yahudi tersebut membuat grafiti yang menghina Nabi (Muhammad) s.a.w. Grafiti itu dalam bahasa Hebrew dan telah dipadamkan oleh Tentera Penempatan Israel. ?Sekumpulan pendatang telah pergi ke sebuah masjid di dalam perkampungan Nabi Ilyas dan telah membuat grafiti dengan menyembur cat pada dinding sepanjang malam?, kata jurucakap tentera Israel.

Seorang pegawai wakaf Palestin menyatakan dia telah melihat seorang pendatang Yahudi yang memakai penutup kepala Yahudi, atau Kippa, menconteng grafiti yang menghina (Islam).
?Saya membuka masjid setiap pagi untuk solat subuh. Hari ini saya melihat seseorang yang memakai kopiah menyembur cat pada dinding semasa saya hendak membuka masjid ini?, kata Othman Zimmari, 67.

?Dia terus berlari kearah sebuah kereta bewarna putih dengan plat yang bewarna kuning (pendaftaran Israel) apabila ternampak saya. Saya tidak pasti ada orang lain atau tidak di dalam kereta tersebut. Saya berlari ke dalam masjid dan mengunci pintunya kerana ketakutan?.

Para pemimpin Palestin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab ini. Ahli Knesset , Ahmed Teibi menyatakan tindakan biadab ini menampakkan lagi tahap moral yang rendah para pendatang ini dan usaha mereka untuk ?mencetuskan api rusuhan di kawasan itu?.

Beberapa orang pegawai Yahudi menggesa kerajaan dan pihak polis untuk menahan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini.