Tentera Zionis membunuh wanita muda di Gaza

Selasa, 14/02/20 – Tentera Zionis menembak mati seorang wanita muda di Gaza pada hari Isnin, sumber perubatan memberitahu.

Fatima Abu Musa’ed, 25, ibu kepada 2 orang anak, dibunuh oleh tentera Zionis dengan menembk tepat dua kali di kepalanya apabila beliau sedang berjalan di sepanjang pagar berduri di sempadan Gaza dan tanah dijajah Israel.

“Mereka membunuh wanita yang tidak berdosa atas nama kebangsaan Yahudi. Mereka adalah Nazi masa kini dan nyawa bukan Yahudi tidak bernilai dan tidak ada makna bagi mereka. Bila ia adalah rakyat Palestin maka picu akan ditarik dan dilepaskan terlebih dahulu sebelum menyoal,” kata Mahmoud Abu Musaed, saudara kepada mangsa.

Lebih 75% daripada 4000 rakyat Palestin adalah orang awam yang dibunuh oleh tentera Zionis and pejuang haram Yahudi. Mereka memperhebatkan serangan ke atas rakyat Palestin dengan mengambil kesempatan atas isu karikatur menghina Nabi SAW.