Mishal Kunjungi Sudan

Selasa, 14/02/2006 – Delegasi Hamas yang dipimpin oleh ketua biro politiknya, Khalid Mishal bertemu dengan Menteri Luar Sudan, Sayyid Ali Alkatiri dan wakil perdana menterinya Salvekir Miradib serta Ali Utsman Muhammad Thaha. Dalam pertemuan berasingan itu, Hamas menegaskan akan mengikuti KTT Arab Mac depan.

Dalam kunjungan rasmi di Khorthum itu, Hamas bertemu dengan pejabat tinggi Sudan dan beberapa ahli politik di sana. Izzat Risq, anggota biro politik Hamas menyatakan, delegasi Hamas menyampaikan kepada pejabat Sudan tentang langkah politik Hamas selanjutnya.

Dalam pertemuan itu juga, Hamas meminta kepada Sudan untuk melanjutkan sokongannya kepada pemerintah Palestin dan ekonomi Palestin.

Dalam pada itu, Mishal menegaskan bahawa gerakan Hamas akan ikut dalam KTT Arab yang akan dijadualkan Mac depan di Khortum. Dalam KTT itu akan menjadi salah satu rangkai kunjungan gerakan Hamas di kawasan Arab dan Islam. Beliau menegaskan bahawa negara-negara Arab harus mendokong dan menghormati pilihan rakyat Palestin.