HAMAS melawat Rusia hujung Febuari ini

Selasa, 14/02/2006 – Ketua pemerhati delegasi Russia di pilihanraya Palestin, wakil khas menteri luar ke Timur Tengah Alexander kalaugin, berkata bahawa delegasi HAMAS berkemungkinan akan ke Russia sebelum hujung Februari ini.

Beliau menambah bahawa berkemungkinan lawatan ini akan berlangsung pada akhir bulan ini dan kerajaan beliau sedang berusaha ke arah merealisasikan usaha ini.

Menurut Thierry Breton , menteri kewangan Perancis, di dalam satu sidang akhbar menyokong usaha Russia yang mengdakan perbincangan dengan pimpinan Hamas ini.

Beliau berkata di harap usaha ini akan dapat membuka ruang kepada usaha damai di Timur Tengah.

Presiden Russia, Vladimir Putin telah terlebih dahulu menjemput pimpinan Hamas untuk melawat Moscow untuk berbincang selepas kemenangan besar Hamas di Pilihanraya Palestin.

Khaled Mishall, Pengerusi biro politik Hamas berkata bahawa delegasi Hamas akan melawat Russia tidak lama lagi.