Mesej Mishaal ke atas Barat : Kembalikan kebenaran sbg jalan kedamaian

Khamis, 16/02/2006 –
Ketua politik Hamas, Khaled Mishaal, menyelar barat daripada memandang serong pada parti Hamas. Dalam ucapan beliau di Khartoum, Sudan, Barat dianggap menentang demokrasi jika tidak menerima parti Hamas sebagai teraju Palestin.

Mishaal juga berkata, ?Kami rakyat Palestin tidak akan benarkan barat mempercayai apa yg tidak benar. Hentikan tindakan Israel pada kami dan bantulah kami untuk dptkan apa yg sepatutnya dan seterusnya jalan ke arah kedamaian?.

Mishaal menambah Hamas tidak akan kemukakan sebarang initiatif kepada Israel selagi mereka tidak mahu mengikut apa yg Palestin mahukan, iaitu tidak mempercayai barat dan kita sendiri perlu membangunkan tanah kita sendiri?. Tambah beliau ?Israel mmg tak suka pada kedamaian jika mereka terus merampas tanah org Palestin dan mereka lebih suka masyarakat Palestin mati dari memberi prinsip dan tanah?.

Palestin Arab dan Muslim sentiasa bersama Hamas, kata Mishaal berhubung dgn ketakutan kemungkinan kewangan mereka di sekat oleh Barat kerna memilih Hamas. ?Apa yg kami dpt setelah siri jelajah ke beberapa negara Arab, mereka percaya pada kami. Kami juga percaya rakyat Palestine yg membawa Hamas untuk memenangi pilihanraya demokrasi?.