Pencabulan Kehendak Rakyat: Hamas Mengecam Ahli Majlis Fatah

Khamis, 16/02/2006 – Hamas mengecam tindakan Ahli Majlis Perundangan Palestin yang meluluskan satu resolusi pada hari Isnin yang membolehkan Presiden Mahmoud Abbas membentuk satu mahkamah perlembagaan yang dianggotai 9 hakim dimana Mahmoud Abbas berkuasa untuk membubarkan parlimen dan pilihanraya baru boleh diadakan.

Tetapi peliknya Ahli Majlis yang sama ini juga pernah menentang tindakan Yaseer Arafat untuk mengurangkan kuasa mereka sebelum ini. Dalam masa yang sama majlis perundangan juga meluluskan ahli yang bersara mendapat habuan pencen yang banyak.

Ahli Majlis Perundangan baru Hamas yang menghadiri sesi sebagai tetamu mengecam sekerasnya tindakan mereka itu yang tidak adil dan berbau politik. Tindakan ini mencabul kehendak rakyat, seperti menyebelahi pihak Israel yang berusaha mengagalkan kerajaan baru, pencuri demokrasi dan pencuri kehendak rakyat. Begitulah kenyataan dari ahli-ahli Parlimen baru Hamas Dr. Mahmoud Totah dan Nayef Rajoub.

Sementara dalam isu yang berlainan Hamas sedang mengumpul senjata dari para pejuang Palestin di Tebing Gaza dalam usaha mengawal keadaan dan membentuk undang-undang baru di Palestin. Hamas sedang berusaha mengembangkan imej mereka yang adil dan baik terutamanya di arena antarabangsa terutamanya selepas mendapat jemputan melawat Russia daripada Putin.