Menteri Luar Israel melancarkan kempen untuk menutup laman web pejuang Palestin

Khamis, 16/02/2006 – Menteri Luar Israel telah memperkasakan kempen untuk menutup berpuluh laman web yang berkaitan dengan para pejuang Palestin, terutamanya yang berkaitan Hamas dan Pergerakan Jihad Islam.

Menurut sumber berita Hebrew, Jabatan Kementerian Perundangan Antarabangsa telah membuat draf laporan terperinci menghuraikan tujuan menyerang laman web anti-Israel itu.

Menurut laporan tersebut, sebahagian besar daripada laman web yang berkaitan kumpulan Hamas dan Jihad Islam telah mendapat kemudahan daripada perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat antarabangsa, yang mana tindakan ini telah melanggar perjanjian seperti termaktub di dalam kontrak mereka. Laporan itu mencadangkan agar aduan dibuat oleh para pengunjung web untuk menarik perhatian syarikat-syarikat tersebut diatas ?perlanggaran terma? tersebut.

Menurut laporan itu juga, aduan-aduan yang dibuat itu kebanyakkannya adalah daripada pihak Zionis dari luar negara yang menegaskan pandangan mereka berkenaan laman web tersebut yang menyokong ?terorisme?.

Laporan akhbar menyatakan pihak kementerian Israel tidak akan menghadkan tindakan mereka itu hanya kepada laporan tersebut sahaja tetapi juga akan membuat aduan kepada pihak berkuasa Amerika supaya mengenakan tekanan kepada ibupejabat syarikat-syarikat itu yang berada di Amerika Syarikat.

Jabatan perundangan antarabangsa menyatakan, untuk langkah permulaan, mereka akan memfailkan kes mahkamah terhadap laman web kumpulan Jihad Islam yang dikenali sebagai Qudsnew.net.