PM Perancis: Lawatan Hamas ke Russia Satu Sejarah

Khamis, 16/02/2006 –

Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin, berkata komuniti antarabangsa perlu lebih realistik dan menerima pilihan dan keputusan demokratik rakyat Palestin dan lawatan Hamas ke Moscow adalah satu sejarah.

Beliau berkata demikian dalam satu temuduga radio Moscow dalam lawatan rasminya ke Moscow. Beliau juga menyatakan rasa kagum dan gembira jemputan Putin kepada pimpinan Hamas untuk melawat Moscow.

Hamas menjadi bahan bualan hangat dalam media-media Russia. “Moscow sedang berusaha menjalankan proses damai di Asia Barat dan atas sebab inilah pihak Russia tidak mahu melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas sepertimana yang dibuat US and EU,” Putin berkata demikian laporan media Pravda.

Pihak US syak terhadap niat Russia dan meminta penjelasan lanjut daripada berhubung jemputan lawatan berkenaan. Pihak US yang sering menjadi broker keamanan Asia Barat ternyata selalu berat sebelah kepada Isral sejak dari hari pertama lagi.