Pakatan US, Israel konspirasi terhadap Hamas

Khamis, 16/02/2006 – Suratkhabar The New York Times menyatakan Israel dan kerajaan US sedang berbincang untuk merosakan kerajaan Palestin supaya parti yg baru dipilih Hamas akan gagal dan pilihan baru akan dijalankan.


?Hasrat mereka untuk menghalang hubungan antarabangsa dan kewangan Pihak Berkuasa Palestin, beberapa bulan dari sekarang. Harapan mereka agar masyarakat Palestin berasa tidak gembira berada di bawah Hamas dan Fatah akan mengantikannya.?

?Jika kerajaan Hamas tidak mampu membayar gaji pekerja, barang2 import, menghantar wang dan menerimanya dari luar, Mahmoud Abbas, presiden itu ada kuasa untuk membubarkan parlimen dan membuat pilihanraya baru.?

Suratkhabar juga ada menyatakan Hamas cuba mendapatkan alternative sokongan kewangan daripada Syria dan Iran dalam menangkis sekatan yg dibuat oleh Israel.

Walaubagaimanapun, semalam suratkhabar itu mengeluarkan artikel lain yg menyatakan US dan Israel menafikan cubaan mereka mewujudkan konspirasi terhadap Hamas, tetapi menyatakan sekatan kewangan mungkin dibuat jika perlu.