Beratus Penduduk Palestin Jerusalem Membantah Pencerobohan Kubur

Jumaat, 17/02/2006 –
Beratus penduduk Palestin Jerusalem menyahut seruan Pertubuhan Aqsa dengan memprotes di luar mahkamah tinggi Israel membantah kerja terkutuk Israel menceroboh perkuburan Islam di Jerusalem.

Pemimpin Islam sperti Syeikh Ra’ed Salah dan Syeikh Ekrema turut serta dalam protes tersebut. Mereka mengarah kerajaan haram Israel untuk hentikan serta merta segala kerja pembersihan dan pembinaan di atas kubur Islam dan perkara tersebut merupakan kezaliman yang melampau.

Kubur tersebut menempatkan jenazah pemeluk agama Islam dan utusan Rasulullah SAW. Walaupun mahkamah telah mengarahkan kerja-karja itu dihentikan namun kerajaan Zionis masih meneruskan kezaliman mereka itu, mengikut peguam Husni Abu Hussein.

Tanah perkuburan itu dirampas apabila beberapa orang kaya US termasuk Ervin Muscovites, pemilik rumah judi dan kasino membiayai projek tersebut.