Haneyya telah memulakan perbincangan untuk membentuk kerajaan

Isnin, 20/02/2006 – Ahli Parlimen HAMAS dan bakal Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya (gambar) berkata, delegasi Pergerakan HAMAS yang diketuai oleh Dr. Mahmoud Al-Zahhar, ketua komuniti parlimen mereka, akan memulakan perbincangan dengan semua pecahan komuniti Palestin pada hari Ahad, dalam usaha untuk membentuk kabinet Palestin yang baru

Beliau yang membuat sidang akhbar di rumahnya di kem pelarian Shati, di bahagian barat bandar Gaza, berkata, penjawatan beliau adalah melalui perbincangan bersama beberapa badan di dalam dan di luar tanah airnya serta tahanan pergerakan itu.

Beliau berharap dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya sambil menegaskan keutamaan kerajaan baru itu akan merangkumi politik, ekonomi, fail-fail keselamatan serta reformasi institusi-institusi Palestin secara komprehensif.

Ketua HAMAS itu menegaskan kerajaannya akan menjalinkan hubungan dengan komuniti antarabangsa, dan berharap agar komuniti dunia menghormati hak-hak rakyat Palestin.

Apabila ditanya berkenaan komennya keatas keputusan kabinet Israel awal hari ini, yang merangkumi syarat-syarat ketat keatas rakyat Palestin, beliau berkata, tindakan berkenaan adalah untuk memaksa rakyat Palestin untuk menyerah kalah.

?Tindakan seumpama itu tidak akan menakutkan rakyat Palestin mahupun kerajaan baru yang akan dibentuk?, katanya, beliau menegaskan lagi, ?Kita telah berjaya mengharungi cabaran dimasa lampau dan kita juga mampu untuk menanganinya dimasa hadapan?.