Hamas Bangkang Pandangan Abbas

Selasa, 21/02/2006 – Hamas membangkang pandangan Abbas yang menyarankan agar segala kempen politik beliau diteruskan Hamas dalam ucapannya dalam sesi Majlis Perundangan Palestin, Adnan Asfour jurucakap Hamas di Tebing Barat berkata.

Bagaimanapun Hamas selalunya mencapai persefahaman dengan Abbas di waktu dahulu dan sudah pasti dapat mencari jalan untuk mencapai persefahaman dengan beliau pada masa akan datang untuk kepentingan rakyat Palestin.

Adnan berkata, Hamas bersetuju dengan usul reformasi Abbas namun tidak sehaluan dengan beliau dalam isu untuk meneruskan rundingan dengan Israel yang menghasilkan kegagalan dan menguntungkan Zionis. Serangan Apache tidak akan dibalas balik dengan kata-kata atau demonstransi, tegas Adnan.

Dalam menyatukan rakyat Palestine yang bersenjata, pimpinan Hamas sedang merangka plan sistem keselamatan negara dan sebuah lagi sistem untuk para pejuang kumpulan Palestin yang lain.

Kerajaan Hamas tidak akan sama sekali mengorbankan kepentingan rakyat dan segala rundingan dan perjanjian yang tidak menyebelahi rakyat akan dikaji semula.