Mishaal berjumpa dgn Khameni : Kejayaan Hamas, kejayaan untuk semua muslim

Selasa, 21/02/2006 – Ali Khameni, bekas ketua republic Islam Iran menyarankan Muslim seluruh dunia memberikan pakej tahunan kewangan kepada Hamas-kerajaan PA.


Khameni, berkata semasa lawatan delegasi Hamas yg diketuai oleh biro politik Khaled Mishaal. Katanya kemenangan Hamas merupakan kejayaan penting buat penduduk Hamas.

Dia menambah rakyat Palestin membuktikan mereka gembira untuk bersama dalam politik yg matang dan baik kerana itu Hamas dipilih. Pemimpin Iran itu bersetuju dgn tindakan Hamas yg tidak mahu bekerjasama dgn Israel dan mahukan pelarian Palestin kembali ke tanah mereka dan Jerusalem.

Sementara Mishaal yg tiba di Tehran semalam, menyanjung tinggi kerajaan Iran yg bersama Palestin yg menyifatkan kejayaan Hamas adalah kejayaan seluruh Muslim. Hamas akan meneruskan untuk mendapatkan sokongan berkenaan perubatan, politic dan ekonomi setelah ditekan oleh Isreal dan USA. Mishaal berkata rakyat Palestin perlukan sokongan antarabangsa, Arab dan juga Muslim