Hamas akan Berunding Dengan PFLP, DFLP, Jihad Dalam Membentuk Kerajaan

Rabu, 22/02/2006 –
Dr. Mahmoud Al-Azhar, salah seorang pemimpin Hamas berkata Hamas akan mulakan rundingan dengan semua wakil Parlimen dalam membentuk kerajaan baru Palestin.

Zahhar akan mengetuai delegasi dalam rundingan tersebut bersama wakil rakyat lain seperti Sheikh Sa’eed Siyam, Dr. Khalil Al-Hayya, Yehya Mousa dan Dr. Salah Bardawil dan Dr. Yousef Rezka yang merupakan salah seorang pimpinan Hamas. Mereka akan bertemu dengan wakil parlimen dari blok Fatah atas isu yang sama termasuk bertemu dengan pimpinan PFLP, DFLP dan Jihad Islamik.