Sweden memberi bantuan 5.3 billion Euro kepada Palestin

Khamis, 23/02/2006 –
HAMAS menghargai keputusan kerajaan Sweden yang terus menyambung
bantuan kewangan kepada rakyat Palestin.

Kerajaan Sweden telah mengistiharkan bantuan sebanyak 5.3 billion Euro kepada Palestin dan menyatakan bantuan adalah amat berpatutan kerana masalah kemanusiaan yg kronik di Tebing Barat dan Jalur Gaza lebih2 lagi selepas keputusan Israel untuk menghentikan bantuan kewangan kepada kerajaan baru pimpinan HAMAS.

Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS menyatakan rasa terima kasih kepada kerajaan Sweden kerana mengambil langkah yg disifatkan beretika. Beliau menambah langkah Sweden tersebut mencerminkan negara Eropah menghormati demokrasi dan pilihan rakyat.

“Kami menyeru negara Barat agar mencontohi Sweden”, ujar beliau lagi.