Khatami: Negara-negara Muslim mesti memberi sokongan kepada Hamas

Isnin, 27/02/2006 –
Mantan Presiden Iran, Muhammad Khatami (gambar) telah menggesa negara-negara umat Islam untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Hamas.

Bercakap semasa temubual khas bersama stesen telivisyen Al-Jazeera petang Sabtu lepas, beliau berkata adalah sangat penting bagi negara-negara umat Islam untuk menyokong ?pergerakan demokratik Islam? ini dan membolehkan ianya dapt bertahan serta berkembang biarpun diugut oleh negara-negara barat dan Zionis.

?Kenapa negara-negara Islam yang kaya tidak boleh memperuntukkan satu atau dua peratus daripada pendapatan tahunan mereka untuk membantu pergerakan demokratik ini?, kata Khatami.

Beliau juga berkata bahawa keamanan dan keselamatan di dalam dunia keseluruhannya tidak akan diperolehi tanpa memberi keadilan kepada Palestin.

?Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila berjuta-juta pelarian berterusan kehilangan nyawa dan menderita di luar tanahair mereka. Mereka sepatutnya dibenarkan pulang ke rumah dan hidup dalam keamanan dan bermaruah.?

Khatami menuduh pihak Barat dan Israel sebagai menanam kebencian dan berniat jahat dalam tindakan mereka ke atas dunia Islam.

?Kepercayaan saya masih kuat terhadap keharmonian dan kerjasama diantara tamadun ini. Walau bagaimanapun, adalah amat mendukacitakan apabila pihak yang mempunyai kekuatan tentera menentang keharmonian dan kesepakatan ini kerana kerharmonian antara tamadun ini tidak memenuhi kepentingan mereka.