HAMAS : Rejim Zionis Tetap Tidak Di iktiraf

Isnin, 27/02/2006 –
Hamas menegaskan sekali lagi keengganannya mengiktiraf rejim Zionis Israel selagi pendudukan tanah Palestin oleh Yahudi berterusan.


Ketua Hamas and calon Perdana Menteri Palestine, Ismael Haniya berkata, Hamas tidak akan masuk ke dlm perangkap Zionis yang sama sepertimana PLO terperangkap selama 10
tahun.”Fatah mengiktiraf Israel pada tahun 1989, apakah hasilnya? Adakah Israel
menghentikan pendudukan tanah air kita? Adakah Israel mengurangkan kekuasaannya?”

Haniya berkata, ia tidak sepatutnya menjadi persoalan sekiranya Hamas akan
mengiktiraf rejim Zionis di masa pendudukan Palestin berterusan tanpa tanda akan
berhenti.”Pihak Berkuasa Palestine telah memberi pengiktirafan percuma kepada Israel tanpa
menerima apa2 balasan, sekarang mereka hendak kami melakukan perkara yg sama. Kami
tidak akan melakukannya sekali2, teruskanlah berharap.”

Haniya mengkritik dunia antarabangsa dan media Arab yg mendesak Hamas mengiktiraf
Israel, tetapi tidak mendesak rejim Zionis itu mengiktiraf Hamas.”Mereka mahu kami mengiktiraf pendudukan Zionis, dengan balasan bantuan
antarabangsa. Ini adalah mustahil”.