Pelajar tajaan UNRWA berdemo

Selasa, 28/02/2006 – Para pelajar tajaan UNRWA mengadakan demonstrasi pada Sabtu lalu (25/02/06)
di Tebing Barat iaitu di bandar Qalqilia bagi membantah kebiadapan rejim Zionis terhadap mangsa rakyat Palestin di kem pelarian Tebing Barat di daerah Nablus.

Pergerakan Pelajar Muslim di sekolah Qalqilia mengecam tindakan rejim Zionis yang berterusan menyerang rakyat Palestin terutam di kem2 pelarian di Gaza dan Tebing Barat seterusnya menyeru rakyat Palestin agar sama2 berdiri menyokong kerajaan pimpinan HAMAS.

Sementara itu di Nablus, ratusan pelajar sekolah menyertai perarakan membantah tindakan akhbar Denmark menyiarkan kartun lukisan Nabi Muhammad SAW.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.
One Comment

Comments are closed.