Haneyya: Hamas akan membantu Abbas terus memegang jawatan

Selasa, 28/02/2006 – Pemimpin politik yang baru daripada Pergerakan Pejuang Islam, Hamas, Ismail Haneyya, yang telah dipertanggungjawabkan oleh ketua pihak berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, untuk membentuk kerajaan baru Palestin, mengesahkan pada Ahad lepas bahawa Pergerakannya akan memastikan misi Abbas mencapai kejayaan, dan menyatakan Hamas akan menghormati dan memberi kerjasama kepada Abbas dalam kepentingan nasional rakyat Palestin.

?Abbas merupakan ketua PA yang dipilih, dan menerima penghormatan rakyat Palestin, dan kami didalam Hamas sedang berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan misinya dan supaya kekal dalam jawatannya. Kami berkongsi aspirasi dan berhadapan dengan cabaran dan kesusahan yang sama,? tambah beliau.

Dalam sidang temuramah bersama media sebelumnya, Abbas memberi gambaran bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sekiranya gagal dalam usahanya untuk membawa proses keamanan.

?Saya percaya masa lampau telah menggariskan jalinan hubungan diantara presiden PA dan institusi kerajaan, dan saya juga percaya hubungan seumpama itu adalah berlandaskan kesatuan rasa hormat, kerjasama, persefahaman dan dialog?, tegas beliau.

Kenyataan Haneyya itu dibuat setelah selesai sessi dialog pada pagi Ahad lepas dengan Abdullah Al-Horani, ahli jawatankuasa eksekutif PLO, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Hamas untuk membentuk kerajaan campuran nasional. Beliau menyatakan beliau telah menjelaskan kepada Horani semua langkah-langkah yang diambil oleh Hamas setelah memenangi pilihanraya legislatif lepas.

?Kami telah mendengar nasihat yang diberikan olehnya (Horani) dengan kapasitinya sebagai personaliti yang sangat dihotmati didalam arena Palestin, dan kami akan mempertimbangkan semua cadangannya dalam usaha menubuhkan kerajaan baru dan merangka polisi-polisi baru untuk tahap seterusnya?, katanya lagi.