Rejim Zionis serang Tobas, menembak ke rumah awam

Rabu, 01/03/2006 – Rejim Zionis pada subuh Isnin (27/02/06) menyerang bandar Tobas di Tebing Barat dengan menembak mesingan ke arah rumah2 penduduk Palestin menyebabkan panik di kalangan kanak2 dan orang tua yg sedang tidur.


Tentera Israel meronda sambil meletup bom dan juga menembak menggunakan peluru hidup, tetapi tiada kehilangan nyawa atau tangkapan dilaporkan. Di daerah lembah utara Jordan, rejim Zionis mengepung 2 remaja palestion sebelum menutup mata mereka dan membawa mereka ke tempat yang tidak dinyatakan.

Di bandar Akraba yg berdekatan juga menerima keganasan rejim Zionis apabila mereka menyerbu masuk ke dalam bandar sambil melancarkan pemeriksaan dari rumah ke rumah
sebelum menahan 3 orang lelaki Palestin.

Sementara itu, saksi Palestin melaporkan jentolak Israel dapat dilihat menjalankan kerja2 di suatu kawasan berdekatan dengan pusat pemeriksaan Zaatara, di selatan kota Nablus, Mereka menganggarkan rejim Zionis bercadang untuk mendirikan menara pemeriksaan di kawasan itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.