Hamas Menafikan Haneyya Meletakkan Syarat untuk Mengikitiraf Israel

Rabu, 01/03/2006 – Hamas pada hari Ahad menafikan laporan akhbar US yang mengatakan calon popular untuk jawatan Perdana Menteri Haneyya bersedia untuk mengiktiraf Israel sekiranya mereka berundur dari sempadan yang ditetapkan 4 Jun 1967

Dr. Salah Bardawil, MP dan jurucakap Hamas berkata berita Washington Post itu tidak tepat dan sebenarnya Haneyya berkata sekiranya Israel beundur dari tanah yang dijajah sejak 1967, membenarkan kepulangan rakyat Palestin dan membebaskan tahanan Palestin maka Hamas akan sedia berbincang dengan Israel.

Beliau meminta agar media memberi laporan yang tepat dan menegaskan Hamas tidak akan berganjak dari prinsipnya dan tidak akan mengiktiraf Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.