Sumber Rusia : Menteri Luar akan bertemu deligasi Hamas

Rabu, 01/03/2006 – Wakil Rusia ke Timur Tengah, Alexander Kalugen, mengumumkan deligasi Pergerakan Pejuang Islam, Hamas, yang membuat lawatan dijangkakan akan tiba di Moscow awal bulan hadapan dan akan mengadakan perbincangan dengan para pegawai kementerian luar Rusia serta tidak menolak kemungkin untuk bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lawatan deligasi Hamas dan perkara-perkara yang akan diperbincangkan itu telah memenuhi tujuk utama akhbar Rusia serta agensi berita, termasuk Interfax, dan menjadi topik perbualan di bandar Rusia.

Menurut Interfax, wakil Rusia itu telah berkata, ?Memandangkan kedudukan deligasi pelawat itu mewakili negara yang tidak merdeka, kami akan menghadkan perbincangan ini hingga ke peringkat kementerian luar sahaja?.

Dalam perkembangan yang lain, menurut Meir Shitreet,, Menteri Pengangkutan Israel, kerajaan Israel, yang sesungguhnya telah merasakan bahang pengaruh Hamas yang makin meningkat dan kecemerlangannya dalam pergerakan politik, telah mengishtiharkan mereka bersedia untuk berunding dan duduk bersama sekiranya pihak Hamas mengiktiraf hak Israel untuk wujud dan menghapuskan ?keganasan?.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.