Pimpinan Hamas Mengalukan Keputusan EU

Khamis, 02/03/2006 –
Hamas mengalukan langkah EU untuk menyalurkan bantuan sebanyak 120 juta euro dalam mempercepatkan bantuan untuk rakyat Palestin, berharap EU teruskan langkah baik ini dan tidak menghukum rakyat Palestin atas tindakan demokratik mereka.

Dalam satu kenyataan ahli Parlimen Khaled Sulaiman berkata, EU tidak berhasrat untuk menghentikan bantuan dan tidak terpengaruh dengan propaganda US-Israel terhdapa Hamas. Setiap satu sen yang diterima akan digunakan untuk rakyat dan bukan untuk Hamas.