Gorbachev menyokong tindakan Putin menjemput Hamas

Khamis, 02/03/2006 – Mantan Presiden Soviet, Mikhail Gorbachev (gambar) menyokong tindakan Rusia menjemput deligasi Pergerakan Hamas untuk melawat Moscow, dan mengkritik Barat yang tidak ambil peduli Pergerakan tersebut walaupun telah mendapat kemenangan secara demokratik.

Gorbachev yang bercakap kepada akhbar Rusia dalam upacara sambutan ulangtahun ke-70nya meyatakan sokongannya kepada tindakan Vladimir Putin yang menjemput Hamas, dan menambah beliau sedang bergerak kearah yang betul dengan cuba untuk melibatkan Hamas didalam ?proses keamanan? ini.

Bekas ketua negara itu menuduh pihak Amerika Syarikat dan EU telah mengamalkan sikap berat sebelah, dan pihak Amerika cuba untuk bertindak sebagai polis dunia.

Menurut akhbar Rusia yang lain, para pemimpin Hamas enggan berangkat ke Moscow selagi Putin tidak mahu menerima mereka, walau bagaimanapun mereka tetap meneruskan lawatan tersebut. Tambahnya lagi, masyarakat Arab di Rusia masih berharap agar Putin akan menukar fikiran dan menerima para pemimpin Hamas di Kremlin.

Kenyataan daripada pegawai-pegawai Rusia mengatakan Hamas perlu menjadi sebahagian daripada kuasa yang sah di rantau Asia Tengah. Menurut mereka lagi, Moscow tidak akan memaksa Hamas untuk membuat apa-apa tindakan, sebaliknya memilih untuk memberi penjelasan berkenaan pandangan mereka kepada pemimpinnya.

Bagi pihak Osama Hamdan, wakil Hamas di Lubnan, beliau menyatakan kepada agensi berita Rusia bahawa pihak Rusia boleh memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan konflik Arab-Zionis memandangkan mereka tidak mempuniyai musuh di rantau Asia Barat.

?Kami berharap perbincangan ini (di Moscow) akan melakarkan rangka asas untuk dialog politik yang akan meleraikan masalah di Asia Tengah?, tambah beliau.

Manakala di Doha pula, Sheikh Hamad Bin Khalifa Al Thani, Amir Qatar dan Hosni Mubarak, Presiden Mesir yang sedang membuat lawatan ke sana, menggesa komuniti dunia untuk tidak menyekat bantuan kewangan kepada Palestin selepas Hamas mengambil alih kuasa.

Menurut mereka, Hamas memegang tampuk pemerintahan kerajaan dengan pilihanraya antara yang paling berjaya di dunia dan semua badan antarabangsa sepatutnya meneruskan bantuan kepada rakyat Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.