Masjid di bandar Safad menjadi ibu pejabat parti Kadima.

Khamis, 02/03/2006 –
Kerajaan pendudukann Israel dengan terang mencabul kesucian masjid Muslim di bandar Safad apabila ia menjadikan masjid tersebut sebagai pusat operasi untuk parti Kadima yang baru dibentuk oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.


Kumpulan dari Pertubuhan Aqsa, yang menjaga kebajikan tempat2 suci di Palestin, telah bergegas ke tempat tersebut sebaik menerima laporan. Ahli kumpulan terkejut apabila mendapati masjid tersebut telah ditukar menjadi pejabat. Di dalamnya, mereka mendapati seorang wanita sedang duduk, sebuah papan tanda bertulisan “Parti Kadima” telah dilekatkan di dinding masjid.

Pertubuhan Aqsa mengutuk tindakan IOA and mendesak mereka mengosongkan masjid
tersebut agar ia kembali menjadi sebuah tempat beribadah. Tindakan kurang ajar Israel in juga membangkitkan kemarahan ketua hakim Palestin,
Sheikh Tayseer Al-Tamimi yang mengutuk tindakan tersebut sambil menegaskan Masjid
Merah adalah tempat beribadah kepunyaan Muslim.

Beliau menggesa semua agensi UN yg berkaitan, IOC and juga Liga Arab agar campur tangan segera dan menekan IOA agar mengembalikan masjid tersebut. Ratusan masjid dan tempat2 suci telah dicabul oleh ISrael semenjak pendudukan haram Israel di tanah Palestin pada tahun 1948. Tindakan-tindakan itu telah menunjukkan sifat sebenar kerajaan Israel yg tiada toleransi terhadap agama dan kepercayaan lain.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.