Hamas terima jemputan daripada Afrika Selatan

Jumaat, 03/03/2006 – Hamas telah menerima jemputan daripada kerajaan Afrika Selatan pada hari
Khamis bertujuan untuk perbincangan. menurut sumber Hamas dan Afrika Selatan.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, jemputan tersebut disampaikan pada hari Rabu oleh Menteri Luar Afrika Selatan. Jurucakap kementerian juga telah mengesahkan jemputan tersebut sambil berkata kerajaan Afrika Selatan berminat untuk membuka dialog dengan Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai Hamas.

Jemputan tersebut dianggap satu tamparan bagi usaha Israel untuk memulaukan Hamas,
yang dijangkakan akan membina kerajaan Palestine yg baru dalam masa 2 minggu lagi. Pegawai Hamas, Khalid Meshal juga dijangkakan akan terbang ke Moscow pada hari
Jumaat untuk perbincangan bersama pegawai2 Russia.

Israel telah berusaha meyakinkan pihak Rusia agar membatalkan lawatan tersebut
tetapi usaha tersebut tidak berhasil. Hamas menang besar dalam pilihanraya parlimen Palestin yang diadakan pada 25 Januari.

Pada hari Khamis, pemangku Menteri Luar rejim Zionis, Tsivi Livni terbang ke London dalam usaha untuk meyakinkan kerajaan British agar melengahkan bantuan kewangan kepada Palestin. Hamas telah menegaskan berkali2 bahawa ia tidak akan mengakui pendudukan Israel dan
juga tidak akan memberikan pengiktirafan kepada Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.