Menteri Kesihatan Gaza: 137 jenis ubat yang sangat diperlukan habis

Rabu , 15/12/2010 – Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran pada Isnin lepas bahawa sebanyak 137 jenis ubat dan 150 jenis kelengkapan perubatan asas telah tiada lagi dalam simpanan di Gaza. Antara kelengkapan perubatan

tersebut ialah ubat yang digunakan untuk merawat pesakit kanser dan buah pinggang.

Pengarah Bahagian Farmasi kementerian itu menyeru Kementerian Kesihatan di Ramallah untuk meluluskan penghantaran ubat-ubatan ke Genting Gaza yang sekarang ini ditahan mereka. Hanya 37% kelengkapan perubatan yang diperlukan berjaya sampai ke Genting Gaza untuk tahun ini, katanya pengarah tersebut.

Pengarah Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Kesihatan di Gaza iaitu Ahmed Al-Ashi menyelar sekatan oleh rejim Zionis yang telah berlangsung selama 4 tahun sehingga menyebabkan situasi kritikal ini. Rejim Zionis telah menyekat semua bantuan perubatan yang diperlukan segera serta bantuan kemanusiaan daripada memasuki Genting Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen