Bardawil : HAMAS menyambung hubungan dengan fraksi lain utk membentuk kabinet.

Isnin, 06/03/2006 –
Dr Salah Al-Bardawil (gambar) , jurucakap HAMAS berkata Ahad lepas yang pertubuhan tersebut akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai fraksi lain demi membentuk formasi kerajaan Palestin.

Beliau menerangkan HAMAS akan membentangkan rancangan politik dan nasional selepas menyempurnakan program penyatuan tersebut. “Kami sesekali tidak mahu membiarkan fraksi lain ketinggalan dalam proses pembentukan kabinet ini dan pada masa yang sama tidak juga mahu menggadaikan prinsip HAMAS”, tegas beliau.

Di tanya tentang respon HAMAS terhadap permintaan Rusia agar mengiktiraf Israel, beliau menjawab “Adakah Israel mengiktiraf akan hak kami utk mewujudkan negara Palestin yang merdeka ?”

Sejarah PLO yang terdahulu sudah cukup dijadikan pengajaran kerana tunduk terhadap desakan Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.