Haneyya menghargai sokong Liga Arab terhadap kerajaan dan rakyat Palestin

Isnin, 06/03/2006 –
Ismail Haneyya, bakal Perdana Menteri dan juga ketua politik utama Pergerakan Hamas pada hari Ahad mengalukan sokongan Liga Arab terhadap rakyat Palestin dan pergerakannya.


Haneyya memberitahu wartawan bahawa beliau menghubungi setiausaha Liga Arab, Amre Mousa, melalui perbualan telefon untuk menyatakan penghargaan dan puas hati terhadap keputusan Liga Arab dalam meneruskan bantuan kepada rakyat Palestin dan juga kerajaan barunya walaupun menghadapi cabaran dan suasana yang mendesak.

Di pihak Liga Arab pula, Mousa berkata pendirian Liga Arab akan berterusan dalam menyokong rakyat Palestin. Beliau juga mengalukan kedatangan Haneyya untuk perbincangan di Kaherah sebelum perjumpaan Liga Arab di Sudan, di mana Haneyya diberitakan akan mengakhiri perbincangan pembentukan kerajaan baru.

Menteri-menteri luar Arab telah menegaskan penolakan syarat-syarat yang hendak dikenakan kepada Pergerakan Hamas bagi memastikan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin diteruskan dan juga menyeru masyarakat dunia menghormati pilihan rakyat Palestin dalam pemilihan ketua mereka.

Ketua diplomat Arab pada hari Sabtu berkata, kesimpulan daripada sesi ke-125 di ibupejabat Liga Arab di Kaherah, mereka menentang sebarang syarat2 sekatan terhadap Hamas bagi jaminan bantuan kewangan akan diteruskan. Mereka berkata, masyarakat dunia tidah seharusnya memerintah kerajaan Hamas sebelum pembentukannya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.