Lavrov: Rusia akan mengekalkan hubungan dengan pimpinan Hamas

Isnin, 06/03/2006 – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov (gambar), mengesahkan setelah berbincang dengan Khaled Mishaal, pemimpin tertinggi Pergerakan Hamas, bahawa kerajaannya akan meneruskan hubungan dengan pimpinan Hamas berikutan pembentukan kerajaan Palestin yang baru.


Agensi berita Rusia, Novosti melaporkan, Lavrov berkata, ?Kami bersetuju didalam perbincangan (dengan Mishaal) itu berkenaan meneruskan hubungan dengan pimpinan Hamas berikutan pembentukan kerajaan Palestin yang baru?.

Beliau menyatakan berpuas hati dengan perbincangan bersama deligasi Hamas itu dan memberi jaminan kepada pemimpin Hamas berkenaan penyaluran bantuan kewangan kepada pihak PA. Lavrov berkata bantuan kewangan kepada PA itu akan digunakan untuk menjalankan projek infrastruktur, menyelesaikan masalah sosial dan sebagai perbelanjaan harian rakyat Palestin.

Menurut ketua diplomat Rusia, Hamas selaku parti yang menang didalam pilihanraya perlu sedar akan tanggungjawab untuk memastikan disiplin dan keselamatan di dalam semua tanah rakyat Palestin, dan beliau menambah, beliau akan menyampaikan taklimat kepada semua negara-negara yang barkaitan berkenaan hasil dariapada perbincangan bersama deligasi Hamas ini.

Mishaal menyatakan kepada stesen telivisyen satelit Rusia, NTV, bahawa memerangi korupsi dan menamatkan penyalahgunaan wang akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan ekonomi.

?Kami yakin saudara Arab dan jiran-jiran kami, serta rakan-rakan kami sedunia, begitu juga Rusia, akan membantu kami menyelesaikan permasalahan ini?, tambah Mishaal.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.