Categories
Berita Semasa

Pasukan rejim Zionis Menyerbu Rumah Ahli Parlimen Halaika

Khamis, 16/12/2010 – Tentera Penjajah Israel (IOF) menyerbu rumah ahli parlimen Samira al-Halaika di Pekan Shuyukh, daerah al-Khalil pada tengah hari Selasa, kata ahli parlimen itu.

Dia menambah bahawa empat kenderaan IOF berhenti di hadapan rumahnya dan memanggilnya bersama anaknya, Osama dan seorang tentera memberitahunya bahawa mereka datang untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya.

Penggubal undang-undang itu berkata bahawa dia menolak ucapan itu dan berkata tidak ada perayaan pada hari itu dan menambah bahawa itu satu tindakan provokatif di jalan awam.

Dia memberitahu bahawa askar itu meletakkan penghalang di depan rumahnya dan memberhentikan sepuluh kereta dan menyoal semua yang berada di dalam kereta itu.

Pegawai keselamatan di Ramallah pada Isnin dan Selasa memanggil ratusan penduduk Palestin di al-Khalil termasuk suami ahli parlimen bersempena ulangtahun penubuhan ke-23 HAMAS. Anaknya Anas, masih di dalam tahanan IOF untuk hari ke 34 di pusat soal siasat Jalama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz