Categories
Berita Semasa

Bardawil: Kenyataan Pertemuan Terakhir Tidak Berasas

Jumaat, 17/12/2010 – Pemimpin Gerakan Hamas Dr. Shalah Bardawil menegaskan bahawa apa yang dinyatakan gerakan Fatah berkenaan pertemuan yang akan diadakan akhir bulan Disember ini sebagai pertemuan terakhir antara kedua belah pihak adalah pernyataan yang tidak berasas. Beliau menegaskan bahawa pertemuan terakhir adalah yang menghasilkan kesepakatan dan kesefahaman antara kedua belah pihak.

Dalam satu kenyataan kepada wartawan Infopalestina, Rabu (15/12), Bardawil mengatakan, “Komunikasi yang diadakan dengan gerakan Fatah menghasilkan persetujuan untuk mengadakan pertemuan akhir bulan ini. Namun sehingga kini belum ada kepastian waktunya untuk pertemuan itu.”

Bardawil meminta gerakan Fatah memberi komitmen dengan persyaratan nasional, menghentikan kerjasama keamanan dengan penjajah dan berhenti membantu penjajah. Beliau menegaskan bahawa masalah ini adalah masalah fundalmental yang harus direalisasikan.

Pertemuan Hamas dan Fatah pada akhir bulan Disember ini akan membincangkan isu keamanan. Ini kerana ia adalah isu yang tergantung dan merupakan perkara prioriti dalam diskusi dan pembahasan. Beliau menyatakan bahawa gerakan Fatah dalam pertemuan terakhir tidak berbincang secara logik, seolah-olah tidak melihat bahawa gerakan Hamas adalah gerakan Palestin terbesar yang mempunyai peranan dalam pembentukan kuasa keamanan.

sumber : COMES
penterjemah : osman