Rabu, 08/03/2006 –
Kesan yang ditinggalkan daripada lawatan yang dibuat oleh deligasi Pergerakan Pejuang Islam, Hamas, ke Moscow diatas jemputan rasmi pihak Rusia pada Jumaat lepas semakin ketara dengan lebih banyak parti-parti Rusia dan kumpulan agama memuji lawatan tersebut dan menyifatkannya sebagai titik tolak di dalam persoalan di Palestin.
Pejabat Dr. Hassan Mai Al-Norani, pengasas Al-Noraneyya, mengeluarkan kenyataan dimana mereka mengalu-alukan lawatan tersebut dan menyifatkan Hamas sebagai pergerakan yang ?fleksibel? yang boleh menyesuaikan diri di dalam semua keadaan dan bergerak dengan mudah tanpa menggadaikan pegangan dan prinsip.
Mereka menegaskan lagi, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Hamas, bahawa Rusia boleh memainkan peranan di Timur Tengah sebagai pengaruh politik yang setara di rantau ini untuk menyeimbangkan pengaruh Amerika Syarikat.
Mereka juga menggesa Hamas untuk membentangkan rancangan masa hadapan, dan mengejutkan penyokongnya dengan perjanjian-perjanjian rahsia sebagaimana yang dilakukan oleh mantan ketua PA, Yasser Arafat, yang mendedahkan perjanjian Oslo yang dirancangkan oleh ketua PA sekarang, Mahmoud Abbas, manakala kumpulan perundingannya yang diketuai oleh Dr. Haidar Abdul Shafi, sedang sibuk dengan perbincangan yang lain.
Khalid Mishaal (tengah) mengetuai delegasi HAMAS ke Rusia
Selain daripada itu, deligasi Hamas telah menerima jemputan daripada pertubuhan keharmonian rakyat Asia dan Afrika, Rusia untuk menghadiri persidangan antarabangsa mereka dalam bulan September.
Kumpulan itu mengesahakan akan membina sekolah Rusia di tanah Palestin dan berjanji akan memberikan 25 biasiswa kepada pelajar Palestin.
Pihak majlis Mufti di negara Rusia itu pula telah menawarkan kepada deligasi tersebut khidmat melalui perlaksanaan diplomasi didalam menyelesaikan masalah di Timur Tengah, dan menyifatkan dialog bersama deligasi Hamas tersebut sebagai ?amat berharga?.