Meshal : Kami tidak mahu negara bernama yang dikenali dunia.

Jumaat , 24/12/2010 – Pengerusi Biro Politk Hamas menegaskan bahawa gerakan itu mampu menghadapi kekejaman berterusan pihak Zionis, dan menekankan lagi bahawa majoriti warga Palestin dan undang-undang mereka di dalam dan luar negara “yakin bahawa tiada hak Zionis ke atas tanah Palestin, dan pilihan terbaik untuk membebaskannya adalah Hamas dan jihad.”

Mesha’l dalam ucapannya pada sambutan Konvoi Asia 1 di ibu negara Syria, Damsyiq, pada hari Rabu (22 Disember) berkata, “rakyat (Palestin) tidak mahu negara bernama yang diiktiraf di seluruh dunia, tetapi apa yang dimahukan adalah tanah hakiki tanpa penjajah Zionis, dan kebebasan mutlak ke atas tanah Palestin dan ibu negaranya, Al-Quds.”

Ucapan pendahuluannya mengalu-alukan kesemua anggota konvoi dan usaha keras dan berterusan mereka untuk meruntuhkan tembok pemisah Gaza. Beliau berkata, “saya mahu anda tahu bahawa anda semua adalah manusia yang berani dan memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi, kami amat menghargai kesemua kamu dalam konvoi ini, baik lelaki dan perempuan dan apa sahaja bangsa dan agama kamu. Saya maklum bahawa ada di antara kalian adalah individu yang dikenali, tetapi ada di antara kalian ada 2 buah keluarga biasa bersama anak-anak mereka daripada India dan Pakistan. Saya berbesar hati dan ingin menyampaikan kepada warga kalian bahawa seluruh warga Palestin dan Arab mengucapkan penghargaan terima kasih kepada konvoi ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen