Qabha : 6 tahanan teruskan mogok lapar sehingga permintaan mereka dipenuhi.

Rabu , 29/12/2010 – Menteri Penjara dalam Kerajaan Palestin ke-sepuluh, Ir. Wasfi Qabha memberitahu bahawa 6 orang tahanan di penjara Fatah di Ramallah bertegas meneruskan mogok lapar mereka sehingga keadilah ditegakkan, manakala Dr. Ghassan Zauqan menghentikan mogok laparnya dan berkata bahawa tindakan meminum susu, air dan garam tidak bermakna mogok lapar tidak dilakukan.

Qabha dalam kenyataan khas pada hari Khamis (23 Disember) untuk Pusat Informasi Palestin berkata bahawa 6 tahanan tersebut adalah : Mahnad Nayrouj, Wesaam Al-Qawasmi, Majd Abeed, Ahmed Al-Aweiei, Muhammad Suqyah dan Wael Al-Baitor, meneruskan mogok lapar mereka yang telah berjalan selama 28 hari sehingga ke saat ini.

Qabha menekankan lagi bahawa di sana terdapat salah faham berkenaan tindakan para tahanan yang meminum susu dan air, kerana menurut golongan yang pernah ditahan di penjara Zionis dan menjalankan mogok lapar, maklum bahawa tindakan tersebut adalah masih termasuk dalam mogok lapar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen