Tentera Israel meratakan desa Araqib untuk kali ke lapan

Rabu , 29/12/2010 – Tentera Israel dengan bantuan armada buldoser telah meratakan desa Araqib yang terletak antara bandar Raht dan Bir Sabe’ sejak awal pagi Khamis, menurut rakyat Palestin di bandar Negev yang turut dijajah.

Penjajah Israel memaksa penduduk desa itu keluar dari rumah mereka yang baru didirikan setelah mereka ditekan kira-kira sebulan sebelum itu. Mereka turut disekat daripada menyelamatkan barang peribadi mereka di dalam rumah mereka sendiri. Sebahagian daripada keperluan mereka diangkut oleh lori sementara rumah dan isinya diselongkar.

Penyokong rakyat Palestin tiba di lokasi tersebut untuk bergabung dengan penduduk tempatan. Di antaranya delegasi Islam yang dipimpin oleh Sheikh Raed Salah, yang baru-baru ini dibebaskan dari penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada