Permohonan Kuwait Mengakhiri Krisis Kepulangan Delegasi PLC ke Gaza

Khamis , 30/12/2010 – Speaker Parlimen Kuwait, Jassem al-Khafari berhubung dengan pegawai Mesir untuk meyakinkan mereka supaya membenarkan delegasi ahli Parlimen Palestin (PLC) melalui kawasan Mesir ke Semenanjung Gaza.

Sumber istimewa memberitahu Pusat Info Palestin (PIC) bahawa delegasi parlimen yang diketuai oleh Dr. Ahmed Bahar, timbalan speaker PLC I, akhirnya dibenarkan pulang ke Gaza pada malam Isnin yang lepas.

Pihak berkuasa Mesir telah meletakkan syarat bahawa timbalan itu hanya boleh pergi menunaikan haji di Arab Saudi dan kemudian pulang tetapi delegasi itu membuat kunjungan ke Algeria, Libya, Syiria, Yaman, dan Kuwait yang merupakan destinasi terakhir sebelum ke Kaherah dan kemudianya pulang ke Gaza.

Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman melaporkan bahawa delegasi itu pergi dan tinggal bersama Khaled Mishaal.

Delegasi yang diketuai oleh Bahar itu disertai oleh Jamila al-Shanti, Younis al-Astal, Abdul Rahman al-Jama dan Mohammed Shihab.

Delegasi itu juga berbincang dengan pegawai Arab bahawa penduduk Palestin kesusahan lebih-lebih lagi di kawasan Gaza yang dikepung serta memohon parlimen Arab untuk menyokong isu Palestin.

Mereka menghadiri banyak persidangan dan forum tentang tahanan dan solidariti Afro-Arab di samping seminar untuk menggerakkan usaha dalam menyokong penduduk dan isu Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz