Pertubuhan Aqsa Menolak Permohonan Israel Pindahkan Kubur Islam

Isnin,

13/03/2006 –
Pertubuhan Aqsa menolak permohonan Israel untuk memindahkan perkuburan Islam di Jerusalem. Fatwa ulama Islam termasuk Mufti Palestine dan Jerusalem, Sheikh Ekrema Sabri dan hakim syariah Jerusalem Sheikh Ahmed al-Natoor terang dan jelas menolak sebarang usaha tersebut.

Para kontraktor Israel yang ditaja Amerika sedang memusnahkan muzium di atas tanah perkuburan tersebut mengaburi mata rakyat dengan mengatakan mereka sedang menyelenggara kawasan kubur itu walhal segala kerja penyelenggaraan perkuburan Islam adalah dibawah tanggungjawab institusi Islam.

Dalam perkembangan lain, permohonan Ariel Sharon yang sedang menanti saat-saat akhirnya, untuk dikuburkan disebelah kubur isterinya Laila di atas tanah dijajah 1948 Palestin gurun Negev diluluskan kerajaan haram Israel.

Permohonan sebelumnya ditentang hebat kumpulan ultra-orthodox Yahudi dimana Ariel Sharon memohon tanah awam untuk memindahkan kubur isterinya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.