AS mengurangkan tekanan kepada Hamas

Isnin, 13/03/2006 – Pihak pentadbiran Bush mengurangkan tanggapan retorik keatas Hamas dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan mengecam dan mengugut pihak pergerakan Islam Palestin yang telah mencapai kejayaan yang gemilang didalam pilihanraya pada 25 Januari lepas.

Kesederhanaan ini dilihat daripada kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Condoleezza Rice, di Rio De Janeiro pada Ahad lepas dalam perjalanannya ke Indonesia, yang mempunyai populasi umat Muslim yang paling ramai.
Rice memberitahu para wartawan bahawa Hamas perlu memilih jalan keamanan di dalam kerajaannya. Beliau tidak mengulangi ungkapan yang biasa berkenaan Hamas sebagai ?pertubuhan teroris? atau menggesa pertubuhan itu mengiktiraf Israel.

?Halatujunya ialah untuk kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Palestin. Apa jua jenis kerajaan yang mereka bentuk mestilah diperjelaskan kepada komuniti antarabangsa dan tidak lama lagi ianya akan menjadi polisi kerajaan?, katanya merujuk kepada sokongan AS kepada pelan damai.

Rice berkata dia juga berharap AS akan memberi lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

?Kami mencari jalan untuk mempertingkatkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dalam jangka masa terdekat ini, tetapi terdapat pilihan yang penting yang perlu dihadapi oleh rakyat Palestin berkenaan dengan halatuju dan syarat-syarat pihak kuartet,? katanya.
Para pemimpin Hamas berulang kali menyatakan kesanggupan mereka untuk bertemu dengan pegawai-pegawai AS untuk berbincang isu-isu kontrovesi.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan AS yang mempunyai suara pembangkang yang lantang daripada kongres yang dikuasai oleh Israel, terus menerus mengklasifikasikan Hamas sebagai ?kumpulan teroris?.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.