Tahanan Palestin di penjara Negev melaksanakan mogok lapar

Selasa, 14/03/2006 –

Tahanan Palestin di penjara padang pasir Negev mengisytiharkan pada hari Isnin mogok lapar sehari sebagai tanda protes terhadap layanan buruk yang diberikan oleh pegawai penjara. Banduan-banduan tersebut melaporkan langkah itu diambil kerana terlalu banyak kegagalan dalam perbincangan diantara wakil-wakil mereka dan pihak berkuasa penjara.

Mereka berkata pihak berkuasa telah memindahkan 15 orang tahanan dari Negev ke penjara pusat yang lain dalam usaha untuk mengganggu tahanan dan mempengaruhi langkah-langkah protes.

Tahanan itu mengesahakan bahawa mogok lapar itu merupakan langkah pertama dan akan disusuli dengan tindakan yang lain jika pihak berkuasa menolak permintaan mereka, yang memungkinkan mereka mengisytiharkan mogok lapar secara berterusan.

Seramai 2200 rakyat Palestin ditahan di penjara Negev, termasuk 560 tahanan yang sedang melalui arahan tahanan pentadbiran.

Selain daripada itu, tahanan di penjara Jalbo membuat aduan berkenaan keadaan kesihatan yang teruk semasa lawatan yang dibuat oleh pihak peguam Fawaz Al-Shaloudi dan Ra’ed Mahamid daripada kelab tahanan Palestin.

Mereka meminta tindakan segera untuk merawat tahanan sakit yang menderita akibat dariapada pelbagai masalah kesihatan seperti jantung, lumpuh di tangan, rheumatisme dan penyakit kulit yang ganjil di muka salah seorang tahanan yang mengatakan bulu di mukanya tumbuh pada bahagian dalam kulit, dan bukan di luar, seperti yang sepatutnya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.