Hamas memberi amaran berkenaan krisis gaji rekaan

Selasa, 14/03/2006 – Sebilangan kakitangan Pihak Berkuasa Palestin, menurut laporan yang diedarkan, kementerian kewangan tidak memberikan kebenaran mengeluarkan gaji mereka yang telah dimasukkan ke dalam bank lebih daripada seminggu yang lalu.

Sebahagian besar kakitangan tersebut di Qalqilia meluahkan tidak puas hati mereka dalam kenyataan terhadap perwakilan PIC yang mengeksploitasikan gaji mereka sebagai cara perasugut terhadap pergerakan Hamas selepas memenangi pilihanraya umum.

Seorang ahli blok guru-guru Islam berkata mereka menolak cara murahan tersebut untuk menekan pergerakan Hamas.

Di pihak pergerakan Hamas di Qalqilia pula, mereka memberi amaran krisis kewangan pada masa ini adalah direka, dan mengesahkan mereka yang mereka krisis tersebut adalah dari golongan merekan yang dikenali ramai dalam masyarakat Palestin.

Pegawai Hamas berkata, “Kami akan bersabar dan Hamas akan terus menghapuskan semua konspirasi yang wujud.”

Beliau juga berkata, Pihak Berkuasa Palestin baru-baru ini telah menerima bantuan daripada Bank Dunia, Sweden dan Arab Saudi, kelewatan yang sengaja diwujudkan dalam menunaikan gaji kakitangan awam adalah satu kejutan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.