Jet pejuang Israel mengebom penjara Jericho

Rabu, 15/03/2006 –

Keadaan di Jericho semakin meruncing dan tegang berikutan jet-jet pejuang Israel melepaskan peluru berpandu pada penjara Jericho PA di mana Ahmed Saadat, ketua setiausaha PFLP, dan rakan politiknya ditahan.

Sumber-sumber Israel mengesahkan kereta-kereta kebal berselang-seli menembak ke arah perkarangan penjara, tetapi tidak mendedahkan masa operasi itu tamat walaupun menyatakan harapan untuk menyelesaikan segalanya sebelum malam menjelang.

Pihak PFLP memberi amaran kemungkinan ?pembunuhan berdarah beramai-ramai? Israel di dalam penjara setelah kereta kebal dan kenderaan bersenjata Israel meruntuhkan setiap satu dinding penjara tesebut.

Pertubuhan itu menuding jari kepada pentadbiran AS dan kerajaan British sebagai ?terbukti bersubhat dengan tentera kependudukan Israel.?
Mereka menyalahakan kepada kerapuhan pendirian PA dan tidak mahu untuk melaksanakan arahan Mahkamah Tertinggi Palestin untuk melepaskan enam orang tahanan itu, dan menambah pendirian sebegitu telah menggalakan tindakan biadap dan menyalahi undang-undang oleh pihak AS-British.

Menteri Parlimen Palestin, daripada Hamas, Yasser Mansour menegaskan Pergerakannya telah berulang kali menyeru untuk membebaskan segera Saadat serta rakannya kerana penahanan itu salah disisi undang-undang.

Beliau menuduh kerajaan kependudukan Israel berusaha untuk mencemarkan keharmonian Palestin dan persefahaman untuk membebaskan tahanan itu, dan mengesahakan rakyat Palestin berdiri sebagai satu anggota dibelakang Saadat dan sahabatnya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.