Abbas mengadakan pertemuan rahsia dengan Peres.

Rabu, 15/03/2006 – Israel telah mengadakan pertemuan pertama dengan Mahmoud Abbas semenjak kemenangan
HAMAS dalam pilihanraya Januari lalu.
Pertemuan rahsia tersebut diadakan di Jordan antara Shimon Peres dan Mahmoud Abbas.

Ehud Olmert, pemangku PM Israel telah
meluluskan pertemuan tersebut. Beliau
berkata topik ekonomi antara yang dibincangkan.

Pertemuan ini antaranya ingin menarik perhatian pengundi pada pilihanraya Israel
akan datang. Peres adalah antara dalang
proses damai antara Israel dan Palestin.

Peres mengaku bahawa hubungan patut diteruskan dengan Abbas meskipun HAMAS memegang tampuk pemerintahan. Di Gaza, HAMAS telah mengadakan pertemuan dengan fraksi lain bagi membentuk kerajaan campuran termasuk Fatah. Walaubagaimanapun, pendirian HAMAS tetap tidak mengiktiraf entiti Israel di bumi Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.