Pelajar Pro-Islam: Kemenangan Kami Pemangkin Hamas

Rabu,

15/03/2006 – Ketua Majlis Perwakilan Pelajar yang baru di Universiti Islam Gaza, Sharif Abu Shammala, berkata kemenangan blok Islamik yang merupakan sayap akademik Hamas akan dapat merangsang program politik Hamas di kawasan Palestin

“Hasil usaha wira pejuang Islam yang dahulu menerapkan nilai-nilai Islam hanya untuk keredhaan Allah dan kebaikan negara telah membuahkan hasil sekarang”, kata Abu Shammala di mana motto mereka “Islam adalah Jalan Penyelesaian”.

Mereka mendapat undi 79% pelajar lelaki dan 90% pelajar perempuan manakala Fatah hanya mendapat undi 14% pelajar lelaki dan 1% pelajar perempuan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.