MP Siyam: Penahanan Sa’dat Kesilapan PA

Khamis,

16/03/2006 –
MP Saeed Siyam, salah seorang pemimpin Hamas pada hari Selasa mengutuk tindakan tentera Israel menyerang penjara Jericho dalam memberkas Ahmed Sa’dat, setiausaha agung PFLP dan ahlinya tetapi tindakan PA menahan mereka pada mulanya merupakan satu kesilapan besar dan merupakan kelemahan sistem politik PA dahulu.

Hamas sentiasa berjuang dan menuntut pembebasan Sa’dat dan semua tahanan politik di penjara PA.

Siyam berpendapat tindakan Israel yag terbaru itu merupakan satu jenayah yang tidak menghormati undang-undang dan perjanjian serta masyarakat dunia gagal dalam melindungi perjanjian tersebut.

Siyam menolak segala andaian yang berpendapat tindakan Hamas merancang bebaskan Sa’dat setelah mula memerintah telah mengundang serangan Israel itu. Mahmoud Abbas sendiri telah berhasrat untuk membebaskan beliau. Pembebasan Sa’dat merupakan salah satu kepentingan Palestin dan menegaskan rakyat dan semua pejuang telah meminta untuk pembebasan Sa’dat.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.